Wednesday, 10 August 2011

"Cinta Blue"s dan Aku

Kesekian bunga menanti belas,
Datangnya kumbang membawa hajat,
Disuntingnya bunga beralas ikhlas,
Terjalin ikatan penuh beradat.

Cinta terjalin bersulam sayang,
Kasih yang suci jadi taruhan,
"Cinta Blue"s selalu ku bayang,
Detik Indah Photography bakal realisasikan! 



   Honeymoon pastinya adalah saat yang dinanti-nantikan setiap pasangan yang baru menjalinkan ikatan pernikahan. 


   Untuk saya, pastinya Pulau Tioman menjadi pilihan terbaik untuk saya abadikan detik-detik manis bersama Si Dia. Pulau Tioman yang juga dikenali sebagai Gunung Daik Bercabang Tiga oleh masyarakat tempatan pernah dinobatkan sebagai "one of the world's most beautiful islands" oleh Majalah Times sekitar tahun 1970. Sesuatu yang cukup membanggakan kita sebagai rakyat Malaysia.





   Disamping mengekalkan keindahan biru air laut yang memukau serta hidupan marin yang pelbagai, Pulau Tioman juga menawarkan kehijauan tropika yang menyegarkan sesuai untuk mereka yang ingin lari dari hiruk-pikuk bandar. 

   Sebagai seorang penggemar haiwan, saya cukup teruja apabila mendapati bahawa terdapat sebilangan haiwan terpelihara yang boleh dijumpai di sini. Di antaranya ialah Binturong, sejenis haiwan yang sering kali dikaitkan dengan beruang, tetapi mempunyai saiz seperti seekor kucing. Sungguh comel sekali binturong!

   "Post wedding portraiture" yang saya idamkan adalah ketika saya dan Si Dia menjalankan aktiviti "diving atau snorkeling". Pastinya post wedding shot kami memukau semua mata yang memandang. Dengan kejernihan air dan keunikan hidupan laut di samping ketenangan serta suasana romantis semula jadi di dasar laut, ditambah pula disemadikan degan bedikan-bedikan kreatif Detik Indah Photography, pastinya menjadi igauan setiap mereka yang berkasih! Dan pastikan menjadi kenangan terindah dalam hidup saya dan Si Dia! Birunya Cinta Blues ku..




    Kini, saya benar berharap agar Detik Indah Photography merakamkan detik-detik bahagia cinta kami. Detik Indah Photography sebagai sebuah syarikat fotografi tersohor mempunyai tenaga-tenaga jurufoto yang aktif dan dedikated dalam menjalankan tugas. Pelbagai bedikan gambar berlainan gendre di web Detik Indah Photography dan juga di facebook menjadi bukti kealzaman, kesungguhan dan keunikan syarikat Detik Indah Fotografi dalam arena fotografi di Malaysia kini, dan pastinya dengan izin Maha Kuasa, suatu hari menjangkau ke peringkat antaranbangsa.

    Buat mereka di luar sana yang masih mencari-cari fotografer bagi merakamkan apa jua saat-saat bahagia anda, segeralah layari laman web Detik Indah Photography. Anda pasti terpukau dengan keunikan mereka. Sejajar dengan namanya, Detik Indah Photography, pastinya keindahan majlis anda akan diabadikan menjadi detik-detik berharga oleh Detik Indah Photography.

No comments:

Post a Comment